JenayahNasional

Masalah ‘judi online’ lebih berat – Putra

MASALAH judi dalam talian atau ‘online’ adalah lebih berat berbanding kewujudan premis perjudian haram yang masih belum dapat ditangani sepenuhnya.

Ini kerana ‘judi online’ mudah diakses melalui telefon pintar menyebabkan masalah tersebut berleluasa terutama ketika perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Malah promosi terhadap ‘judi online’ juga menjadi-jadi apabila pengendalinya menggunakan sistem pesanan ringkas (SMS) bagi menawarkan perkhidmatan tersebut.

Namun, ini pasti menjadi tamparan dan cabaran buat pihak berkuasa terutama Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dalam mebanteras gejala ini.

” Judi online ini lebih berat masalahnya berbanding kedai mesin judi haram yang nampak secara fizikal.

BACA > Jaga kemuliaan dan gelaran darjah kebesaran – Tengku Hassanal – Suara Merdeka

“Pelanggan boleh berjudi di mana sahaja hanya dengan menggunakan telefon bimbit mereka.

“Malah segala transaksi kewangan juga berjalan atas talian.”

Demikian kenyataan Ketua Pergerakan Wira Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Nasrul Ali Hasan Abdul Latif, hari ini.

Menurut beliau, isu tersebut lebih mendatangkan mudarat kepada masyarakat apabila terdapat segelintir ‘tahi judi’ sanggup membuat pinjaman untuk tujuan kegiatan itu.

Malah, wujud individu dipercayai menggunakan sumber bantuan kerajaan bagi meneruskan aktiviti bermain ‘judi online’.

“Lebih mengejutkan apabila pelanggan boleh membuat pinjaman dan berhutang atas talian hinggakan sanggup bergolok-bergadai semata-mata untuk berjudi.

JUDI ONLINE
NASRUL ALI HASAN ABDUL LATIF

“Lebih teruk lagi apabila bantuan BPN dan BSH yang di terima bagi membantu isi rumah menjadi modal judi mereka,”ujarnya.

BACA > Sumbangan wang jaminan Guan Eng hampir RM4 juta – Suara Merdeka

Justeru, beliau menggesa pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) bekerjasama membanteras penularan ‘judi online’.

“Sejak PKP dilaksanakan gerakan judi atas talian makin menjadi-jadi.

“Terdapat segelintir masyarakat yang membuang masa sepanjang berada di rumah dan wang simpanan mereka semata-mata untuk berjudi.

“Wira Putra melihat perbuatan negatif jika tidak dibendung segera ia akan perlahan-lahan merosakkan golongan muda dan melahirkan lebih ramai tahi judi.

” Wira Putra ingin mencadangkan agar KKMM dan PDRM membuat sinergi bersama dengan mengenalpasti laman web serta aplikasi judi online.

“Satu kaedah baharu perlu diwujudkan bagi mencegah penjudi online ini khusus dari kalangan belia Islam demi memastikan kejayaan membina generasi masa hadapan yang cemerlang,” tegasnya.

Tambah Nasrul Ali Hasan lagi, usaha ini perlu disegerakan kerana masalah ‘judi online’ akan mendatangkan barah yang lebih teruk terutama masalah sosial dan jenayah.

Terdahulu, satu serbuan terhadap beberapa buah premis di Bandar Baru Sungai Buloh disyaki dijadikan sebagai pusat perjudian haram.

BACA > Judi haram Sungai Buloh: SPRM sudah hubungi PDRM – Suara Merdeka

Bagaimanapun, tiada tangkapan dibuat susulan serbuan tersebut selepas pengendalinya dipercayai berjaya menghidu operasi terbabit dan bertindak mengosongkan premis lebih awal. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button