Bola SepakSukan

Masih mahukah Messi menyarung jersi Barca? – Ferdinand

RIO FERDINAND percaya Lionel Messi mungkin meninggalkan Barcelona selepas mereka diaibkan dalam saingan Liga Juara-Juara oleh Bayern Munich.

Meskipun bintang Argentina itu berusaha memberikan yang terbaik, pemenang Ballon d’Or itu tidak berdaya untuk menyekat amukan kelab Jerman tersebut apabila Catalan tersingkir daripada suku akhir dengan cara yang memalukan di Lisbon.

Bercakap kepada BT Sport selepas perlawanan, Ferdinand mempersoalkan sama ada Messi terfikir untuk meninggalkan Nou Camp dengan kelab itu kini kucar-kacir tanpa sebarang trofi utama.

“Apa yang Messi fikirkan apabila pulang ke rumah malam ini (awal pagi waktu Malaysia). Adakah dia masih mahu menghabiskan kariernya menyarung jersi yang sama dengan keadaan skuad sekarang jika dibandingkan bersama pasukan Eropah yang lain.

“Perlukah dia duduk dan menunggu? Bola sepak adalah permainan yang datang dan pergi sangat pantas, jadi untuk dua tahun akan datang ke mana dia harus pergi dengan pengaruh yang masih dia miliki. Adakah dia masih mahu meneruskan perjuangannya tanpa bersaing untuk gelaran utama?,” kata Ferdinand.

Sekeping gambarnya yang kelihatan sangat kecewa sewaktu rehat babak pertama tersebar kepada umum selepas perlawanan, dan sekali gus meninggalkan tanda tanya tentang masa depannya, lebih-lebih lagi terdapat khabar angin yang dia tidak gembira dengan Quique Setien mengendalikan pasukan.

Messi hanya mampu merenung ke lantai, manakala penjaga gol Marc-Andre Ter Stegen berdiri sambil bersandar di pintu turut kelihatan kecewa sebelum memulakan aksi separuh masa kedua.

Messi dikaitkan meninggalkan Barca selepas berselisih pendapat dengan pengurusan tertinggi kelab dan kelab Serie A, Inter Milan dikatakan menjadi destinasi pilihan buat pemain berusia 33 tahun itu.

Bekas presiden Inter, Massimo Moratti percaya mereka mempunyai sumber kewangan untuk membawanya ke San Siro jika pemain itu bersedia meninggalkan kelab La Liga tersebut.

Kapten Barca itu mengharungi musim 2019/20, dengan meledakkan 31 gol dan menyempurnakan 26 bantuan dalam semua pertandingan, tetapi usaha kerasnya itu tidak mencukupi apabila menyaksikan kempen mereka tanpa sebarang trofi.

Ferdinand mengkritik cara kelab Catalan itu merekrut pemain sejak beberapa jendela perpindahan yang lalu dan mendakwa, pengurus Setien bakal ditunjukkan jalan keluar dengan bekas bos Tottenham, Mauricio Pochettino menjadi pilihan menggantikannya. – Daily Mail UK – SM

(Visited 146 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button