Berita

Masalah air di Selangor tidak akan selesai sampai kiamat

SAYA tidak tahu sama ada nak ketawa atau menangis bila baca berita Subang Jaya diisytihar sebagai bandar raya.

Bukan Subang Jaya tidak layak, tetapi berita itu timbul ketika rakyat resah  kemungkinan PKPD dilaksanakan di Lembah Kelang kerana pandemik Covid-19 dan pada masa yang sama bekalan air di Selangor terjejas.

Sebenarnya masalah gangguan bekalan air di Selangor tidak akan selesai sampai kiamat jika kerajaan negeri tidak menerima hakikat hanya dua cara untuk menyelesaikan secara tuntas.

Pertama ialah dengan meneruskan pembinaan Empangan Langat 2 bagi membolehkan air dari Pahang disalurkan ke Selangor yang dibatalkan apabila PKR mengambil alih kerajaan negeri.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim yang ketika itu telah bersetuju dengan projek itu telah digulingkan dan digantikan Datuk Seri Azmin Ali. Projek menyelamatkan bekalan air itu diuruskan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan  Perdana Menteri ketika itu.

Projek berkenaan tentulah tidak akan dilaksanakan kerana kepentingan politik mengatasi segala-galanya. Pahang diperintah oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dan di peringkat pusat diperintah oleh Perikatan Nasional (PN).

Tidak mungkin PKR akan bekerjasama dengan BN dan PN.

Untuk mengharapkan air dari sungai di Selangor ia adalah perkara mustahil tidak akan berlaku pencemaran air kerana terlalu banyak penempatan haram dan kilang haram di sepanjang sungai di negeri berkenaan.

Jika tidak hari ini, esok atau lusa akan berlaku lagi pencemaran dan bekalan air terpaksa dihentikan.

Solusi kedua ialah menggunakan air laut dengan ditapis. Kita sepatutnya belajar daripada ironi yang tuhan tunjukkan ketika ini iaitu banjir akibat air pasang berlaku ketika penduduk Selangor terpaksa berdepan dengan krisis air bersih.

Sikap angkuh kerajaan negeri tiada tandingan mereka tidak pernah berminat untuk mengkaji kemungkinan menggunakan kaedah menapis air laut.

Pada pandangan mereka kaedah itu terlalu mahal, sedangkan sudah ada kaedah penapisan air laut yang murah dan dibangunkan oleh pakar tempatan.

Namun setiap kali ditawarkan untuk melihat demonstrasi sahaja mereka dengan ego menolaknya kononnya telah mengetahui teknologi yang ada sangat mahal.

Jadi jika sikap begini berterusan sehingga hari kiamat tidak akan selesai masalah bekalan air di Selangor. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button