Hiburan

Marvel guna servis Sofyank, promosi filem Ant-Man & The Wasp

Jenama besar dunia, Marvel tidak membuat langkah sumbang apabila memilih pencipta kandungan dari Malaysia, Sofyank untuk mempromosikan filem Ant-Man & The Wasp.

Video promosi berdurasi 2 minit 2 saat itu menyaksikan lelaki paling seksi di dunia, Paul Rudd yang memegang watak Scott Lang teruja melihat ciptaan terbaharu Sofyank.

Lebih-lebih lagi ciptaan terbaharu Sofyank itu mampu mengubah jisim manusia daripada saiz besar kepada saiz kecil tanpa memakai sut Dr. Pym.

Sofyank & Paul Rudd
Sofyank menunjukkan alat ciptaan terbaharunya sempena promosi filem Ant-Man & The Wasp

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat berpendapat Sofyank sepatutnya berhijrah ke luar negara kerana bakatnya hanya akan sia-sia jika terus duduk di Malaysia.

Hal ini demikian kerana kebanyakan produksi di Malaysia tetap akan tampil dengan jawapan ‘bajet tidak cukup’ atau paling sadis kemudian hari, ‘bajet kena potong’.

Baca Juga > Harga Perodua Axia 2023, Model Terbaharu Dengan Pilihan Warna Mengancam

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button