Marina Mahathir mahu tubuh parti PARFUM
MUNGKIN kerana benar-benar menyampah dengan situasi politik semasa anak sulung Perdana Menteri interim, Datin Paduka Marina Mahathir secara bergurau berkata, mahu menubuhkan sebuah parti baru.
Menurut Marina, dia akan menamakan parti yang diasaskannya itu sebagai PARFUM. Iaitu singkatan kepada Party of Really Fed Up Malaysians (Parti Rakyat Malaysia Yang Benar-Benar Menyampah).
Marina berkata, parti miliknya itu akan mempunyai motto ‘Kami akan sentiasa berbau harum’. Keahlian parti itu pula hanya dibuka kepada mereka yang berbau wangi-wangi sahaja.
“Dear folks, I’m setting up a new party: Party of Really Fed Up Malaysians.
“Motto: We’ll always smell good. Sapa nak join? *Fragrant people only,“ tulis Marina di Facebook beliau.
Dan ramai juga pengikut beliau di laman sosial tersebut yang berminat untuk menyertai PARFUM.
“How to join? How much registration fees?” tulis Syafiq Zainal. “Free! But must pass sniff test,” jawab Marina.
“Open for all races?” tanya Eric Lee. “Of course, nobody has exclusivity on fragrance!” balas Marina.
“Must it only be original parfum? Can the inspired ones join too?” tulis Amar AuzirulAnwar. “Apatu ‘inspired parfum’?” tanya Marina semula.
“Can we join forces? I’m starting one called FEDUP (Federation of Economic Distinction Under PARFUM),” tanya Jeramy Mark.
“And those opposing can become Eew Di Toilet!!” gurau Balamugran Subramaniam.-SM