NasionalTravel

Mara terima dua bas elektrik projek perintis di Langkawi

MAJLIS Amanah Rakyat (Mara) menerima dua buah bas elektrik yang akan menjalani tempoh percubaan di Langkawi selama dua tahun.

Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pihaknya rasa bertuah dipilih syarikat pengeluar, Hino Motors yang juga anak syarikat Toyota Group sebagai rakan mengoperasikan bas elektrik mereka yang pertama.

“Bas in akan menjalani ujian keberkesanan di laluan terpilih bagi tempoh dua tahun sekaligus menyokong Matlamat Pengangkutan Mampan (SDG) Malaysia,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Mara, hari ini.

Asyraf yang juga Setiausaha Agung UMNO berkata, projek perintis ini bagi menggalakkan pengangkutan mampan dan mengurangkan pelepasan karbon di pulau itu.

“Inisiatif ini juga merupakan kesinambungan dan komitmen kedua-dua pihak selepas menandatangani memorandum persefahaman pada Mac tahun lalu,” katanya.

Bas Poncho Z EV itu memuatkan 11 tempat duduk dan boleh menampung sehingga 32 penumpang.

Ia dilengkapi ciri-ciri keselamatan dan sistem yang akan mengurangkan pelepasan karbon, saiz yang kecil dan rendah memudahkan keluar masuk penumpang.

Ia dijadual beroperasi pada September tahun ini bagi menguji kesesuaian cuaca dan keadaan jalan raya. – SUMBER FMT – SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button