Berita

MAPS tutup, 265 hilang kerja

IPOH 29 Jan. – Penutupan taman tema Movie Animation Park Studios (MAPS) di sini semalam menyebabkan 265 pekerjanya hilang pekerjaan.

Pengarah Syarikat Animation Theme Park Sdn. Bhd., Zadrul Insan Mustadza berkata, mereka terdiri daripada pekerja berstatus tetap dan kontrak yang diberhentikan serta merta.

Menurutnya, para pekerja yang terkesan dengan penutupan itu akan diberikan pampasan mengikut garis panduan Akta Pekerja 1955.

Beliau berkata, pihak syarikat telah mengambil tindakan proaktif dalam usaha untuk membantu pekerja dari pelbagai aspek.

“Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) hadir untuk memberi taklimat berkenaan pengurusan kewangan manakala Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) berkesempatan untuk menjelaskan mengenai tuntutan Sistem Insuran Pekerjaan Perkeso(SIP).

“Selain itu, Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) juga turut sama hadir untuk memberikan bantuan kaunseling kepada pekerja.

“Pihak syarikat juga telah bekerjasama dengan beberapa syarikat lain untuk menyediakan peluang pekerjaan baru kepada pekerja terutamanya dalam bidang makanan
dan minuman, khidmat pelanggan dan penyelenggaraan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Zadrul Insan berkata, selain itu kehadiran Sunway Lost World Of Tambun, Swiss-Garden, Hovid, Taiko Group dan PCBL dalam membuka kaunter temuduga amat dihargai.

“Terdapat juga beberapa syarikat yang mengiklankan kekosongan jawatan melalui poster dan telah dihebahkan kepada pekerja.

“Sebarang kesulitan akibat penutupan MAPS amat dikesali,” katanya. – Perak Gazette

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button