Alam SekitarBeritaNasional

Mangsa Kemalangan Tren LRT Terima Pampasan RM1,000 – Prasarana

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mengumumkan kesemua mangsa yang terlibat dalam kemalangan tren Transit Aliran Ringan (LRT) dalam terowong berhampiran KLCC akan menerima pampasan RM1,000 bagi setiap orang.

Pengerusinya, Datuk Sri Tajuddin Abdul Rahman berkata, pampasan akan diterima dalam kadar segera dan mangsa yang terlibat boleh membuat tuntutan dengan Prasarana.

“Kita amat bersimpati dengan perkara ini dan besedia untuk menerima tanggungjawab serta memohon maaf atas apa yang berlaku,” katanya.

Semalam, tren bernombor 40 dan 81 di laluan Kelana Jaya telah bertembung lebih kurang 100 meter dari stesen KLCC dan kejadian tersebut mengejutkan seluruh negara.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button