Banjir
Mangsa banjir di Baling meningkat
JUMLAH mangsa yang dipindahkan akibat banjir di Kupang semalam meningkat kepada 58 orang pagi ini.
Timbalan Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Baling Leftenan Dzulhaidy Mohd Khalil berkata, mangsa membabitkan 19 keluarga berasal dari Kampung Padang Empang.
“Mereka ditempatkan di pusat pemindahan (PPS) di Dewan Terbuka Kampung Padang Empang yang dibuka jam 9 malam semalam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini
Beliau berkata hujan lebat kira-kira 3 jam sejak jam 2 petang semalam menyebabkan air Sungai Kupang tumpah dan melimpah ke kawasan perumahan rendah. -SM