“Mana Ada Bukti Kayu Balak Kena Potong? Itu Kesan Kena Libas Dengan Banjir!” – Ayoh Pink
AMARAN: Penulisan ini berbentuk sinikal dan golongan pembaris dilarang untuk ‘faham’
Telah tular beberapa gambar kayu balak yang dihanyutkan air deras dalam banjir besar di salah sebuah negeri dalam negara Isketambola, baru-baru ini.
Kejadian ini mendapat perhatian meluas daripada para penyelidik Twitter yang serba hebat dan tahu mengorek segala persepsi daripada lubang caci sampai langit ketujuh.
Bermula dari Twitter, maka ia tersebarlah ke Facebook dan perihal gambar-gambar yang tular itu memberikan seribu satu reaksi yang, “Kalau cakap lebih, engkau ke dalam!”.
Maka dengan itu, para warga Isketambola mengambil sikap husnuzon atau bersangka jahat bahawa banjir yang melanda kali ini cukup tajam.
Tajam sehingga mampu memotong kayu balak serupa dipotong dengan menggunakan chainsaw dan amat bangang para peneroka sebelum yang ini susah-susah curi balak.
Sepatutnya mereka tunggu sahaja musim banjir macam ini, bersepah kayu balak yang dipotong cantik akan muncul di depan mata.
Dan jadi budaya orang kita bukan? Kalau sesuatu barang itu dihanyut banjir akan dilabel sebagai rosak dan ia terus jadi milik alam lalu kita boleh claim, itu kita punya. Yer ke idok? – Ayoh Pink
PENAFIAN: Tulisan di atas tidak menggambarkan pendapat Suara Merdeka sebaliknya ia dipetik dari media sosial, kumpulan Whatsapp atau telegram dan saluran-saluran perkongsian lain.