Sukan

Man United terus dirundung malang

ROBEN Amorim seolah-olah tidak mempunyai penawar apabila Manchester United berdepan kekalahan keempat daripada lima perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL).
Lebih malang pada perlawanan menentang Wolves di Stadium Molineux awal pagi tadi, ketua pasukannya, Bruno Fernandes, dibuang padang sewaktu mereka tewas 0-2.
Fernandes diarahkan keluar padang pada awal babak kedua selepas kekasaran yang dilakukannya ke atas Nelson Semedo memaksa pengadil, Tony Harrington, melayangkan kad kuning kedua.
Tanpa menunggu lama selepas Fernandes dibuang padang, Matheus Cunha memecahkan kebuntuan untuk pelawat mendahului menerusi sepakan penjuru lencong yang terus menerjah ke jaring pelawat pada minit ke-58.
Cunha kemudian sekali lagi memainkan peranan penting, kali ini dengan membantu jaringan Hwang Hee-chan dalam waktu kecederaan, sekali gus memberikan Vitor Pereira kemenangan kedua daripada dua perlawanan sejak mengambil peranan pengurus Wolves daripada Gary O’Neil.
Hanya dua kemenangan liga buat United sejak dibimbing Ruben Amorim iaitu ketika menewaskan Evertin 4-0 pada awal bulan ini dan ketika menewaskan Manchester City 2-1 di gelanggang lawan pada 16 Disember lalu.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button