Sukan
Man. City di ambang kejuaraan, 2 gol Haaland bantu benam Spurs
MANCHESTER City kini diambang kejuaraan apabila mendahului Arsenal dengan kelebihan dua mata hasil sumbangan dua gol oleh Erling Haaland ketika mereka membenamkan Tottenham 2-0 malam tadi.’
Haaland membuka jaringan pada minit ke-51 hasil tolakan mudahnya hasil sepakan penalti dalam waktu kecederaan.
Dengan kemenangan itu, City kembali ke tangga teratas EPL dengan 88 mata dan memintas Arsenal di tangga kedua (86 mata) berbaki satu perlawanan.
Seandainya dapat menewaskan West Ham dalam aksi terakhir pada hujung minggu ini, City akan menjulang trofi EPL buat kali keempat berturut-turut.
Keputusan itu juga menyaksikan Spurs gagal ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim depan.