Nasional

Malaysia terus sokong Lubnan berhadapan serangan Israel – Anwar

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghadiri Sidang Kemuncak Luar Biasa Negara Arab-Islam di Riyadh, Arab Saudi hari ini menerima kunjungan hormat dari rakan sejawatnya dari Lubnan, Najib Mikati,

“Menerima kunjungan hormat rakan sejawat dari Lubnan, Najib Mikati di Riyadh, Arab Saudi sebelum Sidang Kemuncak Luar Biasa Negara Arab-Islam.

“Dalam pertemuan ini saya nyatakan sokongan berterusan Malaysia terhadap Lubnan yang kini berdepan kegilaan rejim Zionis Israel.

“Malaysia juga terkesan secara langsung dengan ketegangan di Lubnan susulan insiden serangan Israel sehingga mengakibatkan enam anggota Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) yang menyertai misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL) tercedera.

“Saya juga maklumkan kepada PM Mikati bahawa Malaysia bersedia untuk menyalurkan bantuan kewangan kepada Lubnan untuk membantu mangsa yang terkesan akibat serangan Israel,” kata Anwar. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button