Malaysia tersenarai antara 10 destinasi paling dicari oleh tetamu Airbnb dari China pada musim panas ini
Data terkini daripada Airbnb mendedahkan bahawa walaupun pandemik ini telah menyebabkan gangguan yang tidak pernah berlaku sebelum ini kepada pelancongan global, Airbnb menyaksikan peningkatan yang ketara dalam ketibaan tetamu antarabangsa dan domestik di seluruh rantau ini.
Sejak pembukaan semula perjalanan rentas sempadan di China, data Airbnb baharu mendedahkan pengembara China semakin mempertimbangkan pelbagai destinasi termasuk Malaysia, yang mencatatkan lebih daripada 10 kali peningkatan dalam carian tetamu di Airbnb tahun ke tahun.1
Pada musim panas ini, bilangan tetamu China di Airbnb yang mencari penginapan luar negara awal musim panas (antara 1 Julai dan 15 Julai) meningkat hampir enam kali ganda berbanding tahun lepas. Kira-kira separuh daripada carian mereka untuk perjalanan musim panas adalah untuk penginapan jangka sederhana hingga jangka panjang, yang menjangkau 7 hari atau lebih.2
Khususnya, Malaysia tersenarai di antara 10 negara dan rantau yang paling banyak dicari pada musim panas ini oleh tetamu Airbnb di China, dengan menduduki tempat kelapan. Negara Asia Pasifik lain dalam senarai termasuk Thailand, Jepun, Korea dan Australia.
Pelancongan domestik terus berkembang di seluruh rantau
Seiring dengan kebangkitan semula perjalanan pelancongan antarabangsa di seluruh Asia Tenggara, perjalanan pelancongan domestik kekal sangat popular dalam kalangan pelancong tempatan.
Jumlah malam penginapan domestik yang ditempah di Airbnb melonjak hampir 60% di Malaysia pada tahun 2022, meningkat daripada tahun 2019. Dalam tempoh yang sama, jumlah malam penginapan domestik yang ditempah di Airbnb meningkat hampir 45% di Indonesia dan kira-kira 35% di Thailand.
Amanpreet Bajaj, Pengurus Besar Airbnb untuk Asia Tenggara, India, Hong Kong dan Taiwan, berkata: “Pelancongan domestik terbukti berdaya tahan pada masa krisis dan merupakan pilihan yang memberi impak ekonomi yang lebih segera dan positif kepada ekonomi tempatan.
“Perjalanan hujung minggu ke destinasi berhampiran dengan tempat tinggal bukan sahaja lebih mudah untuk dirancang, tetapi juga lebih berpatutan. Airbnb telah terbukti menjadi pilihan yang boleh membantu menyokong pelancongan domestik, dengan menyediakan lebih banyak penginapan mampu milik di destinasi baharu. Tetamu kini boleh mengembara ke lebih banyak tempat dengan menggunakan Airbnb.”
Menyebarkan pelancongan ke lebih banyak pekan dan bandar baharu
Hos dan tetamu Airbnb muncul sebagai pemacu utama aktiviti ekonomi di destinasi dan komuniti di seluruh Asia Tenggara.
Sejak Mac 2020, lebih 13,000 pekan dan bandar di seluruh dunia menerima tempahan pertama mereka di Airbnb.4 Data Airbnb baharu juga menunjukkan bahawa tetamu yang menempah penginapan menggunakan5 ciri carian fleksibel Airbnb kurang berkemungkinan untuk menginap di destinasi paling popular di Airbnb, berbanding dengan tempahan melalui carian tradisional – sekitar 1 daripada 20 penginapan di Airbnb ditempah menggunakan ciri carian fleksibel.6
Di Kuala Lumpur, penempah fleksibel kurang cenderung untuk menempah daerah Bukit Bintang yang paling popular (-9 peratus) dan lebih cenderung untuk tinggal di luar bandar (+7 peratus).7
Bajaj menambah, “Perjalanan meluas adalah mampu milik, serta dapat meningkatkan ekonomi tempatan dan pekerjaan tempatan, dimana ia melibatkan pelbagai komuniti – manakala perjalanan yang berlebihan ke tempat-tempat popular mengkonsentrasikan pelancongan dari segi ekonomi dan geografi.”
“Di seluruh Asia Tenggara, Airbnb membantu menyebarkan tetamu, pendapatan dan faedah pelancongan melangkaui kawasan tumpuan biasa ke destinasi baharu dan sohor kini. Kami melihat cabaran yang ditimbulkan oleh pelancongan besar-besaran di seluruh dunia, dan sedang melabur dalam penyelesaian untuk membantu, sambil membantu tetamu menemui komuniti baharu dan menjana aliran pendapatan baharu untuk penduduk tempatan,” kata Amanpreet