Hiburan

Malaysia Takkan Haramkan Filem Dr. Strange 2 Walaupun Ada Babak LGBT?

Beberapa negara Islam mengakui agak teruja dengan tindakan Arab Saudi yang mengharamkan filem Dr. Strange 2 yang mengandungi elemen LGBT.

Biar pun elemen itu cuma dipaparkan dalam tempoh 12 saat sahaja, LGBT tetap LGBT dan ia perlu diharamkan dengan apa jua alasan sekali pun.

Bagaimana mereka mengesan? Terdapat babak dalam tempoh 12 saat terkandung dialog yang memaparkan America Chavez bercakap tentang dua orang ibunya yang mana merupakan pasangan lesbian.

Babak itu pula berlatar belakangkan Asia Barat dan agak sukar bagi Arab Saudi meluluskan perkara tersebut kerana ia melanggar norma agama serta masyarakat.

Meski pun Arab Saudi terkenal dengan pemikiran wahabi dalam memacu negaranya untuk menjelaskan tanda-tanda akhir zaman, hal ini bercakap tentang isu pokok.

Isu pokok harus diselesaikan kerana jika tidak dibendung, dunia akan memandang Malaysia bagaikan memberi isyarat bahawa pemikiran liberal boleh diterima.

Sedangkan lagu Bunkface yang berjuang mengecam LGBT pun kena padam dari YouTube, apa lagi mesej yang boleh disampaikan kepada masyarakat awam?

Terdapat sumber mengatakan perkara ini sedang disusun dan tangan-tangan ghaib akan memastikan Agenda 2030 dapat disempurnakan.

Mungkin ada yang melihat filem Dr. Strange 2 ini sebagai hiburan dan seni namun mohon sedar kembali bahawa seni itu terjemahan dan pemikiran untuk mempengaruhi manusia.

Kita sama-sama tunggu maklum balas pihak yang menguruskan penapisan filem dari luar negara, membiarkan babak 12 saat itu ditayangkan atau sebaliknya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button