Uncategorized

Malaysia-Singapura tanda tangan MoU kerjasama tangani jenayah rentas sempadan

MENTERI  Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Mengenai Kerjasama Dalam Mencegah dan Menangani Jenayah Rentas Sempadan bersama dengan Kerajaan Singapura.

Ia sebagai komitmen Malaysia-Singapura untuk memperhebat usaha dalam membanteras jenayah
rentas sempadan seperti pemerdagangan manusia, penyeludupan dadah, dan jenayah siber.

Kerajaan Singapura telah diwakili Menteri Dalam Negeri dan Undang-undang Singapura, K. Shanmugam.

Saifuddin turut mengadakan pertemuan untuk berbincang mengenai kepentingan kerjasama keselamatan dua hala yang menyeluruh antara Malaysia dan Singapura, khususnya dalam aspek pengurusan jenayah rentas sempadan serta bidang keimigresenan dan kepolisan.

Beliau bersama delegasi Malaysia juga turut menerima taklimat daripada Immigration and Checkpoints Agency (ICA) Singapura dan mengadakan lawatan ke Pusat Pemeriksaan Woodlands. Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan berkenaan sistem kawalan sempadan Singapura, khususnya melalui penggunaan teknologi terkini bagi menguruskan aliran lalu lintas rentas sempadan dengan lebih cekap dan teratur.

Selain itu, Saifuddin turut membuat lawatan ke Anti-Scam Centre (ASC) Singapura dan INTERPOL Cybercrime
Directorate untuk memahami pendekatan serta teknologi yang dimanfaatkan dalam usaha membanteras aktiviti penipuan dalam talian.

Beliau telah tiba di Singapura pada 13 November 2024 dan telah terdahulunya meluangkan masa bersama diaspora Malaysia dalam satu sesi ramah mesra dan makan malam.

Turut bersama di dalam lawatan iu adalah Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan) Kementerian Dalam Negeri, Datuk  Makhzan Mahyuddin, dan delegasi dijadualkan untuk berlepas pulang ke Malaysia pada hari ini.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button