NasionalUncategorized

Malaysia Madani prinsip membina masa depan negara

PERDANA Menteri hari ini mengumumkan kerangka dasar baharu untuk negara dikenali ‘Membangun Malaysia Madani’, yang dihasilkan bagi mencipta lonjakan baharu kepada negara.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tema Madani akan kekal relevan dan mampu selamatkan negara.

Katanya, konsep Madani menggambarkan kepercayaan yang dicerna antara kerajaan dan rakyatnya berdasarkan pada asas ketelusan dan kerjasama.

Malaysia Madani akan menggantikan konsep ‘Keluarga Malaysia’ ketika pentadbiran perdana menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Membangun Malaysia Madani terdiri daripada enam tonggak dasar iaitu M (keMampanan), A (kesejAhteraan), D (Daya cipta), A (hormAt), N (keyakiNan) dan I (Ihsan).

Menurut Jabatan Perdana Menteri, amanat Perdana Menteri hari ini adalah berpaksikan latar pengalamannya dalam keprihatinan dan perjuangan rakyat bermula daripada gerakan pelajar, aktivis sosial, ahli politik, pemimpin kerajaan sehinggalah dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10.

Prinsip itu itu dibentangkan oleh Anwar ketika menyampaikan amanatnya secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button