Malaysia Hobby Expo 2023 sedia terima kecaman
Malaysia Hobby Expo 2023, sedia terima kecaman dari para pegunjung jika ada pegujung tidak berpuas hati dengan bayaran yang dikenakan oleh orang ramai.
Menurut pengasas Malaysia Hobby Expo, Muhammaed Fidzri Syafeeq, acara ini bukan bersifat Life Style sebaliknya adalah pameran yang jarang di ketengahkan.
‘’Dari 2016 saya pernah lakukan acara ini, kemasukan RM5 selepas itu naik RM10 dan kini RM20, komuniti hobi ini sebenarnya lain, kita punya acara bukan berkonsepkan Life Style punya event.
‘’Event ini berjaya juga kerana mendapat sokongan penuh dari kalangan komuniti, untuk mereka membayar kemasukan tiada isu kerana semangat yang ditujukan dari pengunjung.
Tambahnya lagi, kewujudan Expo ini adalah inspirasi dari Expo Antarabangsa dari Jepun, Beijing, Shizouka dan Moscow. Acara pertama di Malaysia bermula dari tahun 2016 sehingga 2019.
“Sasaran tahun ini adalah seramai 25,000 orang setiap hari, tambahan 35 % dari sasaran pada
2019”. Jelasnya semasa sidang media pelancaran Malaysia Hobby Expo 2023 di Hotel sekitar Kuala Lumpur.
Bagi pengasas bersama Hilmi pula, berpendapatan penganjur perlu jujur dari awal dan perlu memberitahu kepada orang ramai tentang caj kemasukan.
‘’Dari sudut kecaman apa yang saya tahu, kemungkinan penganjur tidak jujur dari awal dan banyak terjadi di luar, konsep yang kami buat bukan berbentuk karnival sebaliknya adalah pameran, saya rasa jika kita buat pembadingan antara exhibition yang lain, kita punya paling rendah selama 2 hari’’. Katanya.
Acara yang mendapat sokongan penuh dari Kementerian Belia dan Sukan serta Rakan Muda ini menjanjikan 250 ruang pameran, kereta kawalan radio (RC), koleksi vintaj, sukan lasak, haiwan peliharaan, buku dan majalah, serta seni kraftangan.
Terdapat beberapa zon yang utama seperti zon “Hobby Bazaar”, “Hobby Group”, “Vintage Bazaar”, zon sukan lasak, zon haiwan peliharaan dan zon “Outdoor” yang juga merangkumi 250 pameran dalam acara ini.
Yuran kemasukan acara ini adalah serendah RM20.00 untuk dewasa dan RM5.00 untuk kanak-kanak bagi 2 hari acara tersebut.
Selain itu terdapat juga acara kemuncak akan diserikan lagi, Konsert “Passion of Sound” yang menampilkan 5 artis tanah air iaitu Ruffedge, Gerhana SKA Cinta, Insomniacks, Saixe dan Hujan. Konsert mega ini akan berlangsung pada 2 Disember 2023 bermula jam 7 petang sehingga 12 malam.
Setiap pembelian tiket Malaysia Hobby Expo atau Konsert “Passion Of Sound” layak untuk cabutan bertuah yang bernilai RM50,000. Antara hadiah yang menarik adalah sebuah kereta MYVI fully convert, 2 biji Motosikal Yamaha LC V8, TV 55’, Playstation dan 10 unit Jam G-shock.
Tiket pembelian konsert ini akan di jual di platform Shopee & Platform digital kami bermula pada 21 November.
Setiap pembelian tiket juga layak untuk cabutan bertuah. Cabutan ini akan dibuat pada malam tersebut dan hadiah cabutan ini adalah yang teristimewa sempena tahun ke-5 Malaysia Hobby Expo ini.
Sempena ulang tahun ke-5 Malaysia Hobby Expo 2023 pihak Malaysia Hobby expo akan membuat keunikan dengan menyediakan pertandingan memancing pada 3 Disember di tasik Maeps dengan ganjaran bernilai RM50,000 secara keseluruhan untuk pemenang acara memancing. Pertandingan memancing akan dianjurkan bersama dengan Seri Bayu Tekala & di taja oleh ELF BAR sebagai penaja utama pertandingan memancing ini.
Acara tahun ini juga istimewa dengan penganjuran Mini 4WD MHXCUP2023 yang mana ini adalah penganjuran pertandingan Mini 4WD terbesar yang pernah dilakasanakn di Malaysia.
Jumlah keseluruhan hadiah bagi pertandingan ini adalah lebih dari RM30,000 dan lebih 300 peserta dari Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia, Brunei dan ramai lagi.
Penganjuran ini adalah usahasama antara FITA Hobby Shop dan juga MHX2023 dengan kolaborasi GTMC.
Artikle Berkaitan :>
UiTM Puncak Alam anjur program e-Sukan GG EXPO, tawar hadiah keseluruhan RM15,000