Nasionalpilihan

Malaysia akan umum pelaburan dari Google dalam masa terdekat

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengesahkan satu pengumuman berkenaan pelaburan Google di Malaysia akan dilakukan dalam masa terdekat.

Memetik BERNAMA, Menterinya, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, ia susulan pertemuan secara maya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Presiden dan Ketua Pegawai Pelaburan Google, Ruth Porat serta beberapa lagi pengurusan kanan syarikat gergasi teknologi itu semalam.

“Saya dan Menteri Digital Gobind Singh Deo turut hadir dalam mesyuarat maya ini. Antara perbincangan adalah pelaburan di dalam negara kita yang akan diumumkan jumlahnya selepas diluluskan.

“Saya difahamkan pengumuman ini akan dibuat dalam masa terdekat,” katanya kepada media selepas majlis makan malam meraikan delegasi Arab Saudi ke Malaysia malam tadi.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button