Majlis perkahwinan bertukar menjadi gelanggang pergaduhan
Majlis yang sepatutnya diraikan secara meriah buat pasangan pengantin kini bertukar menjadi gelanggang pergaduhan keluarga selepas pengantin lelaki enggan mengahwini pengantin perempuan.
Kejadian yang mengejutkan itu terjadi di sebuah negara India, New Delhi, pemuda tersebut berasal dari kampung Jhuthaheda manakala gadis tersebut dari kampung Nangal-Meena.
Pada hari perkahwinan mereka, pengantin lelaki tiba di rumah pengantin perempuan bersama keluarga dan rakan-rakannya dalam satu perarakan yang besar.
Keluarga pengantin perempuan menyambut rombongan pengantin lelaki, manakala majlis itu pada mulanya berjalan lancar.
Bagaimanapun, pengantin lelaki tiba-tiba menanggalkan serbannya dan enggan mengahwini pengantin perempuan.
Dia tetap bertegas dengan keputusannya yang sehingga membawa kepada pertengkaran besar.
Beberapa ahli keluarga pengantin perempuan dikatakan membelasah pengantin lelaki dan pakaiannya turut dikoyakkan.
Susulan kejadian tersebu pihak polis kemudian tiba di lokasi kejadian dan berjaya mengawal keadaan.
keluarga pengantin lelaki dan wanita memutuskan untuk tidak meneruskan perkahwinan mereka.
Manakala perbelanjaan pengantin perempuan mengadakan majlis perkahwinan ditanggung oleh pihak lelaki.
ARTIKLE BERKAITAN
Belalang juta serang bandar satelit New Delhi, Gurugram