Majlis Pemimpin PKR Selangor zahir takziah buat keluarga Allahyarham Salahuddin
Innalilahiwainailahirajiun.
Majlis Pimpinan Negeri Selangor, serta seluruh anggota Parti Keadilan Rakyat merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Dato Seri Sallehuddin Ayub dan ahli-ahli Parti Amanah Negara atas pemergian allahyarham pada petang kelmarin.
Ini merupakan suatu kehilangan besar bagi rakyat, teman teman dan negara.
Almarhum merupakan seorang tokoh politik, dan abang kepada adik-adik muda didalam politik.
Almarhum disifatkan sebagai seorang yang sangat tenang, berdiplomasi, dan senang didekati sepanjang beliau menjadi pemimpin politik.
Semoga ALlah cucuri Roh Almarhum dan tempatkan bersama para shuhadah dan orang soleh.
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
_Ya Allah, ampunilah dia, sayangilah dia dan maafkan kesalahan-kesalahannya”_
Mohd Khairuddin Othman
Setiausaha
Majlis Pimpinan Negeri
Parti Keadilan Rakyat
Negeri Selangor