Berita
Majikan perlu prihatin terhadap pekerja guna perkhidmatan LRT
SEJAK awal pagi tadi kecoh berkenaan stesen perkhidmatan LRT tidak beroperasi. Perkara ini telah mengundang kerisauan orang ramai.
Rata-rata pengguna perkhidmatan tersebut adalah golongan yang berkerja sekitar Kuala Lumpur.
Ada pengguna yang menluahkan rasa kesal kerana terpaksa masuk ke pejabat lewat, ada antara mereka yang bekejar untuk menghadiri mesyuarat dan hal-hal lain di pejabat.
Mereka juga terpaksa menunggu bas sudah pastinya penuh sesak. Apa yang lebih mengecewakan ialah hanya ada sebuah bas awam sahaja yang lalu di stesen LRT.
Diharap juga kepada majikan memahami pekerja anda yang sedang dalam kesulitan akibat gangguan stesen tersebut. – SM