NasionalNegeri

Bank Rakyat serah zakat perniagaan RM228,465 kepada MAIPs

BANK Rakyat menyerahkan zakat perniagaannya untuk tahun kewangan berakhir 2021 sebanyak RM228,465 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) untuk diagihkan kepada golongan asnaf di Perlis.

Cek replika tersebut diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bank Rakyat, Dr Mohammad Hanis Osman kepada CEO MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor pada majlis ringkas di pekarangan pejabat cawangan bank berkenaan di Pauh, semalam.

Dr Mohammad Hanis memaklumkan bahawa sejak tahun 2010 lagi, Bank Rakyat telah menunaikan zakat perniagaan kepada Perlis sebanyak RM4.1 juta.

Berangkat sama, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Yang DiPertua MAIPs.


Raja Muda berkenan menzahirkan penghargaan kepada Bank Rakyat kerana menunaikan zakat perniagaan kepada MAIPs.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Suriani Datuk Ahmad yang juga Ahli Lembaga Pengarah Bank Rakyat, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perniagaannya, Ahmad Shahril Mohd Shariff serta Ketua Pegawai Pemasaran dan Komunikasi, Nizam Sani.

Sebelum itu, Suriani dalam ucapannya berkata, sebagai agensi di bawah KUSKOP, Bank Rakyat sentiasa mengambil pelbagai pendekatan baharu dalam meneruskan usaha jangkauan komunitinya bagi membantu usahawan, koperasi serta masyarakat secara menyeluruh.

Katanya, ia termasuklah dengan menyediakan platform pemasaran kepada usahawan yang dibimbing menerusi program RAKYATpreneur di Perlis.

Tambahnya, usaha ini adalah amat penting bagi mengekalkan momentum pemulihan ekonomi pasca COVID-19, khususnya dalam membantu memperkukuh pemulihan industri pelancongan, serta menangani isu sekuriti makanan. – SM

(Visited 39 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button