Nasional

Majikan perlu pantau kesihatan pekerja setiap hari

Majikan perlu memantau tahap kesihatan kakitangan dan menjalankan saringan gejala setiap hari di pintu masuk bagi memastikan hanya kakitangan yang sihat sahaja yang hadir bertugas.

Majikan juga hendaklah memastikan semua kakitangan mematuhi SOP dan mengamalkan norma baharu di tempat kerja terutamanya semasa makan di pantri dan sepanjang majlis atau program yang diadakan oleh jabatan.

Pihak majikan digalakkan untuk meneruskan amalan bekerja dari rumah atau melaksanakan system penggiliran kehadiran ke pejabat dalam usaha mewujudkan persekitaran yang selamat di tempat kerja.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menyerahkan sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berjumlah RM11,600 kepada seramai 29 orang asnaf terpilih yang mana masing-masing menerima RM400 setiap seorang dalam kalangan anak kariah Masjid Al Hakam, Kg Kok Klang untuk diagihkan oleh amilnya, Khalid Abu Mansor sempena program ‘Hijrah Minda MAIPs Bilangan Ke 3 bagi tahun 2022’.

Mengiringi baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor,

Terdahulu daripada itu baginda berkenan meluangkan masa menyantuni dan menyampaikan sumbangan zakat kepada Besah Abdul 80 tahun yang tinggal bersama cucunya. Beliau merupakan salah seorang penerima Bantuan Bulanan MAIPs, Bantuan Baik Pulih Rumah MAIPs dan Bantuan Bencana MAIPs.

Baginda turut singgah mengucapkan takziah kepada balu Allahyarham Rashid Hussin iaitu Setiausaha masjid berkenaan yang meninggal dunia sehari sebelumnya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Dr Sirajuddin Hashim menasihatkan kepada yang belum mendapatkan vaksinasi lengkap supaya segeralah mendapatkan vaksin dos primer. Manakala bagi yang layak mendapatkan dos penggalak, terutamanya warga emas dan individu dengan komorbiditi hendaklah segera mendapatkan dos penggalak terbabit.

Terang Dr Sirajuddin, antara PPV yang boleh dikunjungi bagi mendapatkan dos penggalak adalah PPV KK Kg Gial – Walk In, PPV Offsite IKM Beseri – Walk In, PPV Offsite Masjid Alwi – Temujanji MySejahtera dan PPV Offsite Kubang Gajah (Unimap) – Temujanji MySejahtera.

Menurut beliau, PPV Offsite Masjid Alwi dan PPV Offiste Kubsng Gajah (UnuMAP) adalah di bawah kendalian Klinik Annura, boleh hubungi mereka jika ingin walk in ke sana. Semua PPV menawarkan suntikan vaksin COVID-19 secara percuma.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button