NasionalNegeri

MAIPs bangunkan Pelan Digitalisasi 2023-2027 ikut semasa – Raja Muda

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) telah membangunkan Pelan Digitalisasinya bagi Tahun 2023-2027 supaya peranannya sebagai pemegang amanah umat Islam selari dengan keperluan semasa.

Baginda bertitah, matlamat utama pelan ini adalah bagi memperkukuhkan lagi proses kerja melalui transformasi digital di dalam pentadbiran dan perkhidmatan MAIPs dalam pengurusan Hal Ehwal Islam di Perlis selari dengan perkembqngan dunia teknolologi maklumat (IT).

Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan mengurniakan wang zakat agihan MAIPs kepada salah seorang asnaf sempena Program MAIPs Peduli di Masjid Al-Hasyimi, Long Boh, Kangar baru-baru ini.

Titah Baginda, pelan jangka masa panjang ini juga adalah untuk memastikan kelangsungan pengurusan MAIPs melalui pendekatan digitalisasi perkhidmatan kepada warga Perlis dan juga pemegang-pemegang taruh MAIPs supaya lebih cemerlang.

“Usaha menaiktaraf infrastruktur teknologi, meningkat kebolehan modal insan dan mengemaskini proses yang disarankan dalam kerangka kerja ini pasti membawa kepada perubahan yang perlu diuruskan secara berterusan,” titah Baginda.

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan mengurniakan wang agihan zakat MAIPs kepada asnaf terpilih di Program MAIPs Peduli di Masjid Al-Hasyimi, Long Boh, Kangar baru-baru ini.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah demikian selepas berkenan berangkat menyempurnakan Program MAIPs Peduli di Masjid Al-Hasyimi, Long Boh, Kangar baru-baru ini.

Related Articles

Seramai 70 anak kariah Masjid Nurul Muttaqin Che Ok dan 70 lagi dari Masjid Al-Azhar Kampung Tebuk yang terdiri dari kalangan asnaf terpilih telah menerima agihan zakat MAIPs sebanyak RM700 setiap seorang.

Jumlah penuh sebanyak RM98,000 telah berkenan dikurniakan bagi pihak MAIPs oleh Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Raja Muda kemudiannya berkenan berangkat menyantuni dan mengurniakan sumbangan MAIPs kepada tiga asnaf dari Kampung Long Boh iaitu Bahari Shafie, 63, Hashim Othman, 86, dan Zainol Abidin Pin, 60.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mengurniakan wang agihan zakat MAIPs kepada salah seorang asnaf sempena Program MAIPs Peduli di Masjid Al-Hasyimi, Long Boh, Kangar baru-baru ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor berkata, Tuanku Syed Faizuddin Putra selaku Yang DiPertua MAIPs baru-baru ini telah berkenan melancarkan Sistem Bayaran Dalam Talian melalui laman portal rasmi www.maips.gov.my yang terkini.

Antara keistimewaan sistem berkenaan adalah turut meluaskan bayaran wakaf, sumber am, sedekah termasuk bayaran sewaan premis MAIPs selain turut dimantapkan dengan platform gerbang pembayaran dalam talian yang tidak hanya terikat kepada medium “fpx”, tetapi dikembangkan melalui sistem bayaran kad debit, serta melalui aplikasi “TouchNgo”, “GrabPay”, “Boost”, “DuitNow QR”, dan “Shoppe Pay”. – SM

BACA Francais juga perlu perubahan landskap ke arah digitalisasi – Raja Muda Perlis

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button