Politik
Trending

Lima serangkai mahu Bersatu kembali ke landasan

LIMA pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dipercayai dipecat berikrar akan pastikan parti mereka kembali ke landasan betul.

Kelima-lima pemimpin tersebut adalah, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Dr. Maszlee Malik dan Datuk Amiruddin Hamzah.

BACA > Najib sanggah Kit Siang “dua doktor PH pun menidakkan ancaman Covid” — Suara Merdeka

Walaupun dipecat, mereka dalam kenyataan bersama malam tadi berikrar akan memastikan Bersatu tidak dipandu oleh pihak yang tamakkan kuasa.

Mereka mendakwa, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sengaja bermain politik ketika negara sedang berhadapan dengan pandemik Koronavirus (Covid-19) dan kegawatan ekonomi.

Katanya, Muhyiddin sengaja berbuat demikian selepas mereka mendakwa sudah mendapat sokongan majoriti mudah untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Related Articles

“Kami akan memastikan Bersatu kembali ke landasan betul dan tidak lagi dijadikan wahana pacuan sesetengah pihak yang hanya tamakkan kuasa dan kedudukan.

“Pada Ahli-Ahli Parlimen Bersatuy yang lain, kami menyeru dan memanggil anda, lihat apa yang kini berlaku pada parti kita sendiri, hilang kuasa di negeri-negeri dan menjadi bahan mainan parti yang dulu kita tentang bersama,” katanya.

BACA > Gara-gara melarikan isteri orang: Aktor akan dihadap ke mahkamah pagi ini — Suara Merdeka
BACA > Shevon Lai dimasukkan ke hospital kerana denggi — Suara Merdeka

Dalam pada itu, dalam kenyataan sama mereka turut menyangkal surat pemecatan yang ditandangani oleh Setiausaha Kerja sebagai tidak sah.

Menurut mereka, takrifan perlembagaan yang disandarkan sebagai alasan untuk memecat daripada parti adalah tidak munasabah.

“Melalui surat bertarikh 28 Mei 2020, dinyatakan bahawa kami berlima kononnya melanggar peruntukan 10.2.2 dan 10.2.3 Perlembagaan Bersatu.

“Takrifan berkenaan amat dangakal dan tidak munasabah untuk kami dikatakan telah keluar parti.

“Sedangkan kami hanya melaksanakan apa yang dibenarkan oleh undang-undang dan hak kami di bawah Perlembagaan Persekutuan selaku Ahli Parlimen yang sah,” jelasnya.

Terdahulu, tular dalam media sosial maklumat mengenai dakwaan Ahli Parlimen Langkawi akan menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Berdasarkan maklumat tersebut, Dr. Mahathir dipercayai berjaya memperoleh 129 sokongan dari Dewan Rakyat.

BACA > Kuasa, budi bicara Agong tamat kemelut berebut kuasa – Rais — Suara Merdeka
BACA > Pemecatan lima serangkai termasuk Dr. Mahathir tidak sah – Peguam — Suara Merdeka

Dalam maklumat tular itu juga mendakwa, Ahli Parlimen blok Pakatan Harapan (PH) bersetuju memilih Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri ke-9.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button