MAHKAMAH Tinggi Pulau Pinang hari ini menolak saman fitnah yang difailkan oleh Lim Guan Eng terhadap Naib Presiden MCA, Tan Teik Cheng dan sebuah akhbar berbahasa Inggeris, The Star.
Hakim Quay Chew Soon berkata, ulasan yang ditulis Tan dalam The Star mengenai Lim dan pembiayaan untuk sekolah Cina tahun lepas adalah komen yang adil dan bukan fitnah.
Hakim Quay mengarahkan Lim membayar kos sebanyak RM20,000 dan RM30,000 terhadap Tan dan The Star. – FMT – SM