Mahkamah

Mahkamah tolak permohonan Najib tangguh keputusan rayuan SRC

Mahkamah Rayuan menolak permohonan peguam bekas perdana menteri dari Shafee & Co untuk menangguhkan tarikh penghakiman untuk membatalkan sabitan dan hukumannya dalam kes rasuah SRC International membabitkan RM42 juta.

Mahkamah mengekalkan tarikh 8 Disember untuk membuat keputusan kes tersebut.

“Adalah dimaklumkan bahawa permohonan anda untuk menangguhkan tarikh keputusan adalah tidak dibenarkan.

“Oleh itu, sila pastikan semua pihak hadir di Mahkamah Rayuan di Putrajaya pada tarikh yang ditetapkan,” petik surat yang difailkan dalam sistem e-filing badan kehakiman itu.

Malaysiakini melaporkan, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ashrof Adrin Kamarul dan peguam Najib, Muhammad Farhan Muhammad Shafee turut mengesahkan pihak pembelaan baru menerima surat itu hari ini.

Mahkamah Rayuan sebelum ini menetapkan 8 Disember untuk keputusan rayuan Najib untuk membatalkan keputusan bersalahnya serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.

Bagaimanapun pasukan peguambela Najib memohon tarikh keputusan itu ditangguhkan ke tarikh antara 13 hingga 17 Disember, dengan alasan bahawa bekas perdana menteri itu masih berada dalam kuarantin rumah sekembalinya dari perjalanan ke Singapura.-SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button