RAYUAN Datin Seri Rosmah Mansor, isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Mahkamah Rayuan minggu depan untuk menyingkirkan Hakim Zaini Mazlan daripada kes rasuah projek solar sekolah luar bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion sudah dikosongkan.
Mahkamah pada mulanya dijadualkan mendengar rayuan Rosmah terhadap hukuman dan sabitan dibuat Zaini susulan perbicaraannya tahun lalu.
Panel tiga hakim diketuai Azizah Nawawi berkata, mahkamah berhasrat membenarkan penangguhan itu kerana ini permohonan pertama Rosmah untuk penangguhan.
Katanya, pihak pendakwaan juga tidak membantah penangguhan itu.
Terdahulu, Peguam Jagjit Singh berhujah penangguhan itu perlu kerana Rosmah sudah memfailkan permohonan kepada Mahkamah Persekutuan untuk kebenaran memulakan prosiding semakan kehakiman bagi membatalkan perbicaraan dengan mendakwa pelantikan Pendakwa Raya ad hoc, Gopal Sri Ram tidak sah. – SUMBER FMT – SM
BACA Rosmah Mansor bersalah tuduhan rasuah projek solar
BACA Perbicaraan Rosmah Mansor ditangguhkan