MahkamahNasional

Rosmah Mansor bersalah tuduhan rasuah projek solar

MAHKAMAH Seksyen Kuala Lumpur hari ini memutuskan Datin Seri Rosmah Mansor bersalah atas tuduhan rasuah berkait projek tenaga solar sekolah luar bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion.

Hakim Mahkamah Tinggi Zaini Mazlan memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan kesnya melampaui keraguan munasabah.

Rosmah, isteri bekas perdana menteri Najib Razak, didakwa pada November 2018 atas tuduhan meminta RM187.5 juta dan menerima RM1.5 juta berhubung projek tenaga solar bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Dia didakwa bawah Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dan berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana-mana lebih tinggi. – SM

(Visited 576 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button