MahkamahNasional

Datuk K dibenarkan pakai cermin mata hitam

HANYA kalangan artis popular yang akan memakai kaca mata hitam untuk mengelak daripada diserbu peminat tetapi bagi saksi pembelaan kelapan kes perbicaraan rasuah membabitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau dikenali sebagai Datuk K, dia dibenarkan oleh Hakim Mahkamah memakai kaca mata hitam ketika memberi keterangan dari kandang saksi, hari ini.

Kebenaran itu diberi oleh Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah kepada Khalid yang juga suami kepada penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin, atas alasan kesihatan.

“Saya baru buat pembedahan mata, jadi ia menyebabkan mata saya kering dan kadang-kadang berair apabila terkena cahaya.

“Cermin mata saya tidak gelap sangat. Hanya 30 peratus hitam. Saya boleh buka cermin mata ini jika mahkamah arahkan tetapi saya akan rasa tidak begitu selesa,” kata Khalid di hadapan Hakim Sequerah.

Untuk rekod, Ahmad Zahid yang merupakan Presiden UMNO, 70, berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Prosiding perbicaraan hari ini berjalan lancar dengan Khalid membaca pernyataan saksinya. – SM

BACA Dana RM10 juta Yayasan Akal Budi untuk syarikat pelaburan-Khalid

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button