Hiburan

Mael Totey: Kerana media sosial, hampas pun sanggup orang bayar

KEKUATAN filem Mael Totey kerana mempunyai pasukan yang kuat mempromosi di media sosial sehingga ramai tertipu.

Banyak lagi filem yang sepatutnya dibayar dan ditonton, tetapi orang ramai tidak sanggup berbuat demikian kerana usaha mempengaruhi khalayak gagal.

Bagi saya Mael Totey hanya filem hampas yang layak ditayang di media sosial sahaja.

Tiada apa yang dapat dibanggakan, hanya mesej yang mahu disampaikan agak sedikit menyentuh perasaan, tetapi selebihnya hanya kisah klise drama Melayu.

Kisah perempuan jahat yang gemar merosakkan rumah tangga orang atau merampas suami orang, itu sahaja.

Orang ramai juga tertipu dengan jumlah kutipan tayangan seolah-olah sebuah filem yang sangat baik dan wajar ditonton.

Begitulah kuatnya media sosial mempengaruhi kehidupan masyarakat kita hari ini, sesuatu yang hampas sekalipun jika kena fomularnya ramai juga yang tertipu membelinya.

Nak cerita panjang pun tiada yang menarik. Sekian.

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button