Politik

Maafkan keterlanjuran Amanah

TIMBALAN Presiden parti Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub memohon maaf kepada UMNO melalui Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atas keterlanjuran Ketua Komunikasi Amanah, Datuk Seri Khalid Samad.

“Bersempena dengan Hari raya Aidilfitri ini saya bagi pihak Amanah memohon maaf di atas kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Komunikasi.

“Sekiranya kenyataan itu menyinggung atau melukakan UMNO maka kami mohon maaf.

“Yang peting bagi saya ialah memperkukuhkan posisi kita dalam kerajaan dan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian secara terbuka kepada Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Majlis Sambutan Aidilfitri Perdana Menteri di Sri Satria, Putrajaya, hari ini.

Permohonan maaf itu disambut baik oleh Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.

Jelas Salahuddin lagi di hadapan pengamal media yang diundang ke Majlis Sambutan Aidilfitri, Amanah sibuk sekarang ini untuk menyelesaikan isu rakyat.

“Kita sedang berhadapan dengan enam PRN negeri, kita beriltizam memperkukuhkan jentera kita, ukhuwah bersama kekuatan parti dalam perpaduan. Itu lebih penting bagi saya,” ujar beliau.

Beliau berkata, sebarang keterlanjuan itu bagi beliau, biasalah bagi orang politik.

“Kadang-kala kita terlanjur dan tidak ada malunya kita memohon maaf sekiranya ia melukakan.

“Saya harap isu ini dapat diselesaikan. Saya sendiri bersama dengan Presiden UMNO.

“Tadi saya berkunjung ke TPM UMNO, saya menyatakan perkara yang sama.

“Elok kita selesaikan dan move forward untuk perpaduan negara dan rakyat,” katanya.

Sementara itu, Majlis Sambutan Aidilfitri TPM Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meriah dengan kunjungan rakan-rakan politik serta tetamu terdiri daripada Perwakilan Asing.

Turut hadir, antaranya, Datuk Seri Ahmad Maslan, Datuk Seri Khalid Nordin, Datuk Seri Ashraf Wajidi, Fahmi Fazdil.

Baru sebentar tadi, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba untuk memeriahkan lagi majlis.

Majlis Sambutan Aidilfitri hari ini berakhir pada pukul 11 malam nanti.- SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button