Hiburan

Maaf ubah lirik bukan sebab takut tak sedap

MELODI dan lirik umpama isi dengan kuku. Ia saling lengkap melengkapi di antara satu sama lain. Selain itu, melodi yang mantap dan lirik yang indah menjadi antara elemen sesebuah lagu itu diterima halwa telinga.

Sebenarnya bukan mudah untuk menggarap melodi dan lirik menjadi satu. Perlu juga diambilkira faktor kesesuaian dan trend penggemar muzik hari ini.

Maka itulah, lirik lagu berjudul Maaf terpaksa diubah dan lari daripada gelembung muzik jiwang 90an kerana melodi Maaf tidak ‘masuk’ apabila ia berkisarkan tentang kematian.

Lagu Maaf ciptaan Akmalul Azmi, lirik oleh Izmir Fareez yang juga pelantun lagu tersebut, akur dengan pandangan pengarah muzik dan penerbit  ‘Maaf’, Along Exists.

Along menyarankan agar lirik kematian dalam Maaf ditukarkan kepada percintaan dan saranan itu disokong oleh pembantu penerbit, Imtiaz dari kumpulan Simfoni.

“Lagu berbunyi ‘jiwang 90an’ ini tidak sesuai dengan lirik yang berat seperti kematian kerana lagu yang berbunyi ‘jiwang 90an’ ini kebanyakannya akan dikaitkan dengan kisah percintaan,” kata Along memberi pencerahan kepada rasional di sebalik cadangannya meminta agar lirik lagu Maaf diubah.

Untuk rekod, lagu ‘Maaf’ yang dicipta pada tahun 2020 bukan berkisar tentang kekeluargaan sebaliknya berkaitan tentang penceritaan kematian seseorang.

Akhirnya, kata Izmir Fareez , ‘Maaf’ berdiri sebagai sebuah lagu yang mengisahkan kehidupan pasangan suami isteri yang mengungkap rasa kekesalan yang menyelubungi hati sang suami yang tidak menghargai isteri ketika isterinya masih hidup.

Single baharu Izmir Fareez ini adalah bagi meneruskan langkahnya dalam industri muzik dan dakwah tanah air.

Justeru tidak lengkap lagu tanpa video muzik dan pengarah video muzik ‘Maaf’ digalas oleh Ahmad Nasuha dari NSPIXTURES dengan lokasi penggambaran di Alor Setar dan Sungai Petani, Kedah.

Penggambaran video muzik Maaf mengambil masa dua hari, membariskan Arie Laso dan Aleya Trisya sebagai pelakon utama.

Kata Izmir Fareez , perancangan asalnya, lokasi penggambaran muzik video Maaf hanya di sekitar Kuala Lumpur.

“Tetapi disebabkan pengarah, teknikal dan pelakon menetap di utara, jadi kita membuat keputusan penggambaran dilakukan sekitar Kedah,” jelas beliau.

Muzik video lagu ‘Maaf’ boleh ditonton di laman Youtube rasmi Inteam Digital dan boleh didengar di platform digital seperti Spotify, Joox, Itunes, Deezer dan Kkbox selain membuat permintaan melalui stesen-stesen radio.

“Saya amat berharap lagu Maaf ini dapat diterima oleh seluruh lapisan masyarakat kerana ia berunsurkan kekeluargaan yang kita sendiri hadapi dan tempuhi dalam kehidupan kita,” katanya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button