Ekonomi

Luahan hati pengusaha IKS yang berendam air mata

ZANIFAH Md Nor salah seorang bekas wartawan Utusan Malaysia yang berjaya selepas berhenti dan menceburi bidang perniagaan.
Beliau terlibat dalam bidang kulinari dan sering menulis tentang perniagaan yang beliau lakukan.
Namun hari ini agak tersentuh tulisan beliau apabila beliau mengenengahkan luahan hati para pengusaha industri kecil dan sederhana yang terjejas teruk akibat langkah kerajaan yang berterusan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk memutuskan rantaian jangkitan pandemik Covid-19.
Ikut luahan yang dicatatkan:
IKS dan Covid.😪..
Semalam dapat beberapa panggilan telefon daripada sahabat-sahabat usahawan.
Masing-masing bagaikan mahu menangis dan berteriak – resah-sedih- pilu.
Andai PKP berterusan, bisnes kecil mereka akan berkubur.😪
Andai bisnes berkubur bermakna ramai pekerja terpaksa diberhentikan.
Jangankan hendak membayar gaji penuh, separuh gaji pun belum tentu mampu dibayar.
Aku dengar keluhan mereka pelan-pelan.
Sesekali aku mengesat butiran air mata yang jatuh tanpa sedar.😭
“Kak..bayangkan…kadangkala rasa macam nak giler bila fikirkan tiada inkam tetapi kita nak kena bayar macam-macam. Mana nak bayar yuran sekolah anak lagi, ” getar satu suara di hujung talian.
Usai panggilan ketiga. Aku duduk beristigfar panjang. Apa yang dikatakan mereka, terasa tersangkut di hulu hati.
Ya sebak..😭
Wahai sahabat-sahabat usahawan yang dikasihi..
Kala ini memang semua diuji amat hebat

Jika ada yang boleh meraih keuntungan dan jualan luar biasa – 10,000 unit terjual dalam masa beberapa jam…Alhamdulillah, itu bonus buat kalian.
Syukurlah …kerana kalian bertuah tidak merasai getir itu.
Tidak semua produk boleh dijual secara online dan tidak semua produk boleh dijual laku keras. Saat ini saat getir.
Ngeri PKP 1 dulu -Mac 2020 masih tidak hilang dari ingatan.
Usai diumumkan PKP1 tahun lalu, 3 outletku di Aeon dan kafeku terpaksa ditutup.
Keadaan berlanjutan beberapa bulan menyebabkan hampir seratus ribu wang simpananku kering kontang.
Sewa bakeri , kos utiliti dan gaji staff di outlet-outlet lain perlu dibayar tanpa pengecualian.
Bermula Oktober 2020, terasa sedikit elusan bayu. Hasil jualan di beberapa outlet mulai nak bernafas semula.
Biarpun tidak lagi dapat mencatat jualan yang

mantap sepertimana lalu, itupun sudah memadai bagiku apabila dapat melunaskan semua kos utiliti dan gaji para pekerja.
Aku tidak minta banyak ya Allah.
Dapat melunaskan perkara wajib -sudah cukup melegakan hati.
November 2020- aku menangis kegembiraan kerana Allah serahkan 2 kafe di UM kepadaku. Dua kafe di lokasi yang cukup strategik.🥰
Berbekalkan modal puluhan ribu, aku setup kedua-duanya dengan penuh kasih sayang.
Perniagaan di kedua-dua kafe cukup nyaman walaupun jumlah pelajar yang ada cuma sebahagian sahaja dari jumlah penuh.
Tiberr-tiberrrrr😪
Ahh..payah tatkala membayangkan wajah Pak Long Mail time dia umumkan PKP.
Aku nangis dohhh😭 Serius.
Aku nangis.
Walaupun esakanku tak seperti esakan Neng Yatimah…tapi cukup menjejaskan kejulitaanku saat itu.
Dan serta merta..
Bermulalah episod sedih..😭
3 outletku di Aeon serta merta lumpuh.
Walaupun dibenarkan beroperasi, ramai pengunjung tidak menyinggah.
Jualan online tidak dapat dibuat kerana kami terikat dengan syarat-syarat dan tema niaga.
Jualan dicatit sekadar RM20- RM70 sehari😭.
2 bakeriku masih beroperasi tetapi hasil jualan jatuh merudum. Tempahan dessert dan doorgift perkahwinan sirna serta merta.
2 kafeku di UM juga dibuka hambar. Pelajar lebih gemar memerap di bilik daripada membeli sajian take away.
Malah ada pelajar yang sanggup turun ke kafe cuma untuk makan malam gara-gara malas beratur panjang.
Dengan 3 outlet yang lumpuh….dan 4 lagi outlet berada pada paras red alarm..😪
Allahuakbar…bagaimana ingin ku lunaskan kos utiliti dan gaji-gaji pekerja yang ramai.
Sahabat-sahabat seperjuangan…
Aku sama je seperti kalian…
Usai disergah dengan dugaan demi dugaan, aku rangka beberapa pelan perniagaan.
Kesemua produk bakeri aku marketkan secara offline dan online. Persaingan cukup hebat dari teman seangkatan mahupun home bakers.
Yaaa…jangan mengeluh. Jangan marah atau terasa hati.
Rezeki milik Allah. DIA tetap adil memberi. Pesaing-pesaing kita juga perlu hidup. Mereka berniaga demi kelangsungan hidup.
Biarkan mereka berniaga sama.
Jangan ada rasa iri dan dengki terutama kala saat-saat begini.
Aku susun lagi strategi baru. Disebabkan dalam lembaran RP 2021, aku target mahu menjadikan D Flowers Cake sebagai kafe cum bakeri, aku palukan produk-produk My Port Kafe ( sajian Western Bajet) secara online di Rawang.
Aku memasang serampang 3 mata.
Setiap pengurus dan penyelia outlet, aku arahkan membuat jualan ala carte pukal..
Di UM setiap kolej perlu ada seorang runner.
Kafe dan bakeri mengambil tempahan secara berjadual untuk mengelakkan kerugian kos yang parah.
Aku sendiri merangka strategi di rumah. Tiga outlet di Aeon yang lumpuh, tidak dapat ku bantu.😪 kerana beberapa kekangan.
Di rumah , aku slotkan sajian Western bajet buat warga Rawang dan sekitarnya.
Sajian yang bakal berada di kafe bakeri D Flowers Cake kelak..(insya-Allah jika tamat PKP) aku perkenalkan dalam ruang wsap dan media sosial.
Hari pertama menjualnya secara online, dapatlah kukutip RM38. Alhamdulillah..
Dengan kudrat seorang aku, hari kedua jualan telah naik sedikit kepada RM150 dan hari-hari berikutnya jualan terus membunting dari masa ke semasa.
Paling teruja, ada di kalangan pelanggan yang datang ke D Flowers Cake bertanyakan di mana My Port Cafe Rawang.
Allah..😭… bagai satu semangat buatku.
Sahabat-sahabat…
Rasa sedih- sebak- pilu jika boleh digambarkan hanya Allah sahaja yang tahu.
Apatah lagi..aku perlu berjuang bukan untuk diri sendiri tetapi untuk staff-staff aku yang ramai.
Mereka bukannya orang senang. Malah kebanyakan daripada mereka adalah orang susah dan asnaf.
Jika bukan di bahuku untuk mereka bersandar, dibahu siapa lagi mereka boleh menumpang😭..
Kuatkan hati sahabat-sahabat.
Renungkanlah.
Bila kita fikir kita susah, getir nak roll up modal dan segala kos, fikirkan saudara kita yang dibebani bencana banjir baru-baru ini😭.
Sudahlah berdepan Covid, punah harta benda dan hilang pekerjaan.
Air mata mereka yang jatuh lebih lebat daripada airmata kita.
Istigfar banyak-banyak. Moga Allah membuka 1000 jalan rahmat buat kita semua.
Allahuakbar!
Hanya kepada Allah kita berserah..😭
Catatan tukang masak cuma..

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button