Nasional

Lompat parti: Ada kes kita siasat – SPRM

KETUA Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki menegaskan pihaknya akan menyiasat sekiranya wujud amalan rasuah susulan dalam tindakan ahli politik melompat parti.

Azam menegaskan, beberapa kes ahli Parlimen didakwa dibayar untuk melompat parti sebelum ini membuktikan sebaliknya.

“Kalau mereka yang kita siasat kebanyakan mereka yang meraih sokongan dan dikatakan membayar wang, itu kita siasat dibawah Akta Pilihan Raya, macam kes Ahli Parlimen Sekijang (PKR), Natrah Ismail baru-baru ini pun kita dah siasat dan tiada kes.

“Tidak ada pembayaraan yang dikatakan bernilai RM10 juta seperti disebut-sebut banyak pihak,” katanya lagi.

Beliau mengulas isu kononnya wujudnya element rasuah dalam tindakan beberapa ahli Parlimen melompat parti.

Isu berkenaan mendapat perhatian selepas bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador mengesa SPRM untuk menyiasat dakwaan unsur rasuah berkaitan ahli politik bertindak melompat parti bagi mendapatkan habuan.

Abdul Hamid mendakwa, terdapat rasuah berlaku dalam politik termasuk amalan ‘membeli’ pemimpin lain serta mengugut individu yang enggan ‘dibeli’.

Azam berkata, bukanlah menjadi satu kesalahan untuk mana-mana wakil rakyat melompat ke parti lain.

Bagaimanapun tindakan itu akan menjadi satu kesalahan sekiranya wakil rakyat terbabit dibayar untuk melompat parti.

Katanya, ahli politik bebas melompat parti mengikut pendirian mereka berikutan tiada undang-undang yang melarang mereka daripada berbuat demikian.

“(Lagipun) Akta Anti Lompat Parti tidak wujud lagi, jadi sebab itu saya tidak mahu komen sangat.

“Ini bukan satu kesalahan dan terdapat juga mereka keluar parti jadi hebat, itu bukan satu kesalahan di negara kita,” katanya dalam sidang media Program Kerjasama Strategik Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara (JKKN) di ibu negara pada Selasa.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button