ATLETICO Madrid memastikan Liverpool melupakan impian untuk mempertahankan kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah apabila menyingkirkan pendahulu Liga Perdana Inggeris itu.
Beraksi di gelanggang sendiri membeli kelebihan kepada Liverpool, tetapi ia disia-siakan ketika perlawanan hanya berbaki 20 minit dalam masa tambahan.
Bagi Atletico, bekal 1-0 ke atas Liverpool sebelum ini sedikit sebanyak membantu.
LIverpool memerlihatkan kebangkitan apabila menyamakan agregat 1-1 pada babak pertama melalui jaringan Georginio Wijnaldum pada minit 43.
Kedudukan itu kekal hingga tamat masa sebenar yang memaksa perlawanan diheret ke masa tambahan.
Pada masa tambahan LIverpool seakan-akan memastikan kemaraan mereka ke suku akhir hasil jaringan Roberto Firmino pada minit 94 untuk mendahului perlawanan dengan 2-0 dan agregat 3-1
Berbaki masa kira-kira 26 minit, dibantu kelekaan pertahanan LIverpool, Atletico bangkit menjaringkan tiga gol dengan dua daripadanya oleh Marcus Llorente.
Gol Llorente dihasilkan pada minit 97 dan 105. Ketika perlawanan dilihat akan dibawa ke penentuan sepakan penalti, ketika wisel penamat hampir dibunyikan, Alvaro Morata memastikan pelawat pulang gigit jari. – SM