Politik

7 bekas exco Perak dijadual menghadap Sultan Nazrin hari ini

Oleh BERNAMA

Tujuh daripada 10 bekas ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Perak dijangka menghadap Sultan Nazrin Shah, hari ini.

Menurut sumber, tujuh bekas exco daripada kerajaan negeri pimpinan Pakatan Harapan (PH) akan menghadap Sultan Nazrin di Istana Kinta di sini, pada jam 5 petang.

Pada Selasa Sultan Nazrin memberi perkenan peletakan jawatan Ahmad Faizal Azumu sebagai menteri besar Perak ke-12 sekali gus menyaksikan pelucutan jawatan semua anggota exco berkenaan.

Pada Isnin, Ahmad Faizal mengumumkan Perikatan Nasional Perak terdiri daripada Umno, PAS dan PPBM mendapat sokongan majoriti 32 Adun daripada keseluruhan 59 kerusi untuk membentuk kerajaan negeri yang baru.

(Visited 220 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button