NasionalRibut

Lima pokok tumbang di lokasi berasingan

HUJAN lebat yang melanda ibu negara sejak petang tadi telah mengakibatkan beberapa kejadian pokok tumbang di lokasi sekitar ibu negara.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, susulan kejadian menyebabkan beberapa kenderaan rosak namun tiada kecederaan jiwa dilaporkan.

Menurutnya, kejadian pertama pokok tumbang berlaku di hadapan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda.

tumbang
Gambar ihsan BOMBA KL

“Kita menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 5.22 petang dan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gombak Selatan telah dikerah ke lokasi kejadian.

“Pokok tumbang itu telah menghempap sebuah kereta jenis Perodua Axia berwarna putih,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

BACA> Jurujual maut, motosikal berkuasa tinggi miliknya hangus dalam kemalangan

Kejadian pokok tumbang kedua berlaku di Jalan 8/40 Taman Pusat Kepong, kira-kira pukul 5.29 petang.

tumbang
Gambar ihsan BOMBA KL

Jelasnya, BBP Jinjang telah dikerah ke lokasi kejadian dan mendapati pokok telah menghempap dua buah kenderaan iaitu sebuah Proton Saga dan sebuah van.

“Kejadian seterusnya berlaku di Jalan Athinahapan 2, Taman Tun Dr Ismail kira-kira pukul 5.35 petang.

BACA> Menteri Hal Ehwal Agama sedia jumpa NGO bincang isu LGBT

 

“BBP Taman Tun Dr. Ismail telah ke lokasi kejadian dan mendapati pokok tumbang itu menghempap dapur sebuah rumah dan tiada mangsa dilaporkan cedera,” ujarnya.

TUMBANG
Gambar ihsan BOMBA KL

Dua lagi kejadian berlaku di Jalan 82/26 Taman Sri Rampai dan Jalan Pencala 12, Sungai Pencala pada pukul 6  dan 6.13 petang.

Tambahnya, kedua-dua pokok tersebut tumbang menghala ke jalan raya dan tidak mengakibatkan sebarang kerosakan pada kenderaan atau rumah. -SM

 

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button