Politik

Lima perkara Nur Jazlan perlu telan walaupun pahit

NUR JAZLAN seorang yang menjengkelkan dan tidak tahu menghormati orang lain.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa, Datuk Mohd Irwan Rizal menyenaraikan lima fakta mengapa Nur Jazlan perlu belajar menghormati Perdana Menteri.

1. Nur Jazlan Bertanding PRU 14, Kalah dengan majoriti hampir 29,000 manakala YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob membantu BN dengan memenangi kerusi Parlimen Bera dan sekarang dipilih sebagai seorang Perdana Menteri (PM) setelah secara rasminya mendapat majoriti dan juga sokongan tanpa paksaan dari 114 Ahli Parlimen serta perkenaan YDPA.

2. Nur Jazlan tidak menghormati keputusan kepimpinan Majlis Tertinggi UMNO serta para perwakilan UMNO yang menyokong YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri Malaysia.

3. Lupakah Datuk Nur Jazlan, segala jasa dan pengorbanan oleh PM serta MP-MP UMNO yang membuahkan hasil kemenangan luar biasa PRN Johor tahun lalu? Dimana LEMAH’nya?

4. Yang LEMAH sebenarnya adalah kamu, Datuk Nur Jazlan kerana gagal memenangi kerusi Pulai sebelum ini.

5. Lemah serta mengaibkan tatkala tewas kepada calon Parti Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub dengan perbezaan 28,924 undi. Kekalahan yang amat menyedihkan kerana anda merupakan seorang Timbalan Menteri pada waktu itu, betul?

Ketika ini, PM serta #KeluargaMalaysia sedang giat membantu rakyat walau terdapat pelbagai perbezaan politik. Cuba senaraikan apa yang telah kamu lakukan dalam agenda membantu rakyat sehingga ke hari ini? Jadi, saya sarankan agar anda ‘Cermin Diri’.

Cukup-cukuplah dalam memecah-belahkan dan menyerang sesama sendiri. Usah jadi jaguh kampung, saya nasihatkan agar anda cermin diri sebelum keluarkan kenyataan secara terbuka. Usah jadi pengecut, menyerang dan menghasut sesama pasukan secara terbuka. Imej parti perlu dijaga. Gunakan saluran yang betul.

UMNO perlu dapatkan kembali mandat dari rakyat dalam PRU-15 yang akan datang. Musuh politik sebenar kita bukan Perdana Menteri.

Saya berharap agar Datuk Nur Jazlan bermuhasabah dan kekal fokus dalam agenda menawan semula hati rakyat bersama parti. Rakyat perlukan kestabilan dan kemakmuran, kita perlu dapatkan kembali mandat yang lebih kukuh dan mutlak bagi membawa Malaysia ke arah yang lebih baik.

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button