Nasional

Bomba berjaya selamatkan enam keluarga mangsa banjir

ENAM sekeluarga termasuk seorang bayi berusia enam bulan berjaya diselamatkan anggota bomba dari rumah mereka di Kampung Perepat apabila banjir mencecah paras lutut awal pagi tadi.

Mereka diselamatkan sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Telok Panglima Garang kira-kira 7.24 pagi.

Pasukan itu, yang diketuai oleh komander operasi kanan Mohd Azril Abdul Kadir dan komander Romizinizam Md Dom, dikerahkan ke kampung itu selepas menerima laporan kenaikan air beberapa minit sebelum itu, kata pengarah negeri Norazam Khamis.

“Terdapat juga dua warga emas dan tiga dewasa dalam keluarga itu. Mereka dibawa ke tempat selamat dan polis membantu menghantar mereka ke rumah saudara.

Norazam berkata setakat ini, seramai 64 mangsa termasuk lapan kanak-kanak daripada 11 keluarga terjejas banjir di kampung itu.


Sehingga 14 rumah ditenggelami air setinggi 1.5 meter ketika hujan lebat awal pagi, katanya.

Beliau berkata tiada pusat pemindahan sementara banjir dibuka setakat ini.

“Banjir itu berpunca daripada hujan lebat berterusan dan sistem perparitan tersumbat,” katanya.

(Visited 21 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button