NasionalNegeri

Lihat kembali kepentingan ukhuwah Islamiyyah

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengajak semua pihak untuk melihat kembali akan kepentingan ukhuwah Islamiyyah iaitu persaudaraan sesama Islam.

Baginda bertitah, yang mana perlunya mempunyai perasaan saling menghormati, percaya mempercayai, mahabbah dan kasih sayang antara satu sama lain atas asas aqidah Islamiyah.

Keberangkatan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen disambut oleh guru dan pelajar semasa perasmian Program Ziarah Mahabbah DYTM Tuanku Raja Muda Bersama Delegasi MAIPs 2024 di Wittayathan School, Phang Nga, Thailand.

“Ia juga adalah suatu perpaduan antara orang-orang Islam, yang tulus dan ikhlas dalam persaudaraan serta saling mendahulukan kepentingan saudara mereka,” titah Baginda.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah demikian ketika berkenan berangkat merasmikan Program
Ziarah Mahabbah DYTM Tuanku Raja Muda Bersama Delegasi MAIPs 2024 di Wittayathan School, Phang Nga, Thailand.

Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyampaikan sumbangan kepadq pelajar semasa perasmian Program Ziarah Mahabbah DYTM Tuanku Raja Muda Bersama Delegasi MAIPs 2024 di Wittayathan School, Phang Nga, Thailand.

Hadir sama Naib Canselor UniMAP, Prof. Datuk Dr. Zaliman Sauli, Konsul Jeneral Malaysia, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi, Penasihat Undang-Undang Negeri, Mohd Radhi Abas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor dan Timbalan Gabenor Phang Nga, Kollawat Sapsongsuk.

Raja Muda bertitah, Ukhuwah Islamiyah amatlah penting kerana mencintai saudara sesama Islam menggambarkan kita mencintai diri kita sendiri.

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan bergambar dengan pelajar yang menerima sumbangan pada perasmian Program Ziarah Mahabbah DYTM Tuanku Raja Muda Bersama Delegasi MAIPs 2024 di Wittayathan School, Phang Nga, Thailand.

Oleh itu titah Baginda, konsep dan kepentingan ukhuwah tidak seharusnya diabaikan dan dilupakan kerana ianya memiliki banyak kepentingannya.

Sempena majlis berkenaan Baginda berkenan menyampaikan sumbangan Fi Sabililah MAIPs sebanyak RM20,000 bagi kegunaan peralatan Tadika.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyaksikan serahan cek replika fisabilallah oleh Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen kepada wakil sekolah Wittayathan School sempena Program Ziarah Mahabbah di Phang Nga, Thailand.

Baginda berdua juga berkenan menyampaikan sumbangan wang tunai RM200 kepada 50 pelajar sekolah berkenaan. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button