Lembaga Disiplin: Khaled, Ahmad Maslan patut jawab – Tun Faisal
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin dan Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslah perlu menjawab beberapa isu berkaitan Keputusan Lembaga Disiplin UMNO dalam isu pengantung keahlian daripada parti.
Timbalan Ketua Bahagian UMNO Putrajaya Tun Faisal Ismail Aziz mempersoalkan sama ada keputusan Majlis Tertinggi UMNO mengesahkan Kepautusan Lembaga Disiplin dalam pengantungan keahliannya adalah sah atau sebaliknya.
Ini kerana Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Setiausaha Agung UMNO Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai pihak berkepentingan tidak keluar ketika Mesyuarat Majli Kerja Tertinggi.
Selain itu, Tun Faisal turut mendakwa Lembaga Disiplin juga tidak mengikut peraturan daripada beberapa segi iaitu tiada prosedur bertulis sebagai rujukan dan panduan kepada orang kena tuduh.
Lembaga Disiplin UMNO didakwa menafikan hak orang kena tuduh untuk mendapatkan nama pengadu dan aduan yang dibuat sebelum tribunal berlangsung.
Beliau turut mendakwa Pengerusi Tribunal sewenangnya menambah pertuduhan ketika tribunal berlangsung.
Tun Faisal berkata, sehingga kini tiada penghakiman bertulis diberikan kepadanya selaku orang kena tuduh.
“Bagaimana hendak menghukum orang jika sendiri pun tidak ada peraturan dan tidak ikut peraturan?
“Adakah Naib Presidan III dan SUA UMNO hendak kata, walaupun peraturan kita lamnggar tapi hukuman masih sah?
“Kalau begitu caranya, semoga Allah bayar tunai atas kezaliman cara kerja kita,” kata Tun Faisal.
Tegas beliau, kepincangan yang berlaku perlu diperbetulkan dan kebenaran serta keadilan perlu ditegakkan.
Sementara segala kezaliman, salah guna kuasa dan penipuan perlu dilawan.
“Apa pandangan ahli dan rakyat, jika kita sendiri tak ada prosedur yang betul dan bertulis sedangkan umur parti dah berpuluh tahun. Kita sendiri tak ikut prosedur yang betul, main langgar peraturan ikut suka kita macam UMNO ni hak peribadi kita dan anak-anak kita.
Bolehkah kita jadi pemimpin yang baik untuk rakyat, jika kita sendiri tidak berlaku adil, tidak mempunyai sistem yang teratur dan melanggar peraturan yang ada bila nak buat keputusan? Kalau syarikat atau yayasan sendiri tu lain, itupun dari segi undang-undang tetap salah,” kata Tun Faisal.-SM