Nasional

Lelaki terpaksa bayar RM10,000 elak video lucah tersebar

SEORANG lelaki terpaksa membayar RM10,000 bagi mengelak videonya beronani tersebar.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, mangsa berusia 23 tahun dan telah bekenalan dengan seorang suspek wanita warga asing pada 13 Julai lalu menerusi aplikasi Tantan dan berkongsi ID dari aplikasi LINE.

“Semasa mangsas berbual dengan suspek di aplikasi tersebut, dia telah diperkenalkan dengan seorng lagi rakan suspek yang memintanya memuat turun satu aplikasi dengan memasukkan kod jemputan.

“Selepas memuat turun aplikasi tersebut, pengadu dapati telefon bimbitnya telah tidak berfungsi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Anuar, pada keesokan harinya kira-kira pukul 1.30 petang, mangsa telah menerima videonya sedang beronani yang dihantar suspek melalui aplikasi LINE.

Jelasnya, mangsa percaya video ini diperolehi suspek daripada memori telefon bimbit pengadu.

“Mangsa juga diugut supaya memasukkan wang ke dalam akuan bank tempatan atas nama seorang
lelaki, sekiranya tidak mahu videonya tersebar.

“Oleh kerana takut, pengadu telah melakukan empat transaksi bank dengan memindahkan wang
berjumlah RM 10,000 ke akaun yang diberikan,” katanya.

Dalam pada itu, Annuar berkata, orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dengan modus operandi penjenayah melakukan pemerasan wang di era teknologi maklumat dengan menggunakan aplikasi telefon bimbit.

Malah, jelasnya, sebanyak 20 kes melibatkan jenayah pemerasan sebar gambar/video lucah bagi tahun 2021 telah dilaporkan oleh mangsa.

Tambahnya, segala maklumat peribadi hendaklah disimpan dan tidak didedahkan kepada mana-mana pihak kerana kes penipuan boleh berlaku di mana-mana. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button