Luar Negara

Lelaki tampar, pukul bapa kerana guna tandas

SEORANG lelaki menampar bapanya kerana marah bapanya menggunakan tandas. Dalam kejadian yang berlaku di Singapura itu lelaki tersebut turut memukul muka bapanya yang berusia 75 tahun menggunakan tuala.

Perbuatan Mohammed Ariffin Tajuddin diketahui apabila adik perempuannya melihat kesan lebam pada bapa mereka. Apabila disoal oleh adik perempuannya, Ariffin mengakui telah melakukan serangan itu.

Ariffin, 42, dipenjarakan selama tiga minggu bermula semalam selepas dia mengaku bersalah atas satu pertuduhan menyebabkan kecederaan kepada orang lemah, dengan satu pertuduhan melanggar perintah perlindungan yang dikeluarkan oleh bapanya terhadapnya turut dipertimbangkan untuk dijatuhi hukuman.

Perintah perlindungan itu dikeluarkan oleh Mahkamah Keadilan Keluarga pada 7 Januari tahun ini.

Ariffin tinggal bersama ayahnya di sebuah flat dan pada 10 November lalu, dia tidak berpuas hati dengan penggunaan tandas oleh bapanya.

Dokumen mahkamah tidak menyatakan sebabnya.

Ariffin kemudian menggunakan tangan kanannya untuk menampar muka bapanya dan turut menggunakan tuala untuk memukul di tempat sama dan mangsa dikatakan berasa sakit di bahagian hidung dan mata.

Dalam pada itu, adik perempuannya mendapat tahu tentang serangan itu apabila dia melihat kesan lebam pada muka bapanya beberapa hari kemudian dan terus membuat laporan polis sehingga menyebabkan Ariffin ditangkap.

Timbalan Pendakwa Raya, Kenny Yang tidak mengemukakan hukuman penjara tertentu, tetapi meminta Arifffin untuk dirujuk ke Institut Kesihatan Mental selepas dibebaskan namun, keadaan psikiatri Ariffin tidak didedahkan di mahkamah.

Kerana telah menyebabkan kecederaan secara sukarela, Arifffin boleh dipenjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga $5,000 (RM15,443).

Bagi kesalahan terhadap orang lemah, dia boleh menghadapi hukuman maksimum dua kali ganda. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button