Nasional

Lelaki putus pergelangan tangan, pecah kepala digilis kereta api di Beaufort

BEAUFORT, 9 Feb  — Seorang lelaki maut selepas digilis kereta api berhampiran Dewan Persatuan Wanita Kampung Bakalau, di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Beaufort DSP Azmir Abd Razak berkata mangsa Charlieyon Dasmon, 27, parah di kepala, putus pergelangan tangan kanan dan pergelangan kaki kiri dalam kejadian yang berlaku ketika kereta api berkenaan dalam perjalanan dari Beaufort ke Tanjung Aru pada pukul 5 pagi.

“Badan mangsa berada di tengah-tengah landasan dalam keadaan tertiarap dan pemeriksaan ke atas tubuh badan mangsa menjumpai kad pengenalan dipercayai milik mangsa,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Azmir berkata hasil rakaman percakapan isteri mangsa memaklumkan kali terakhir mangsa keluar rumah ke tempat kerja pada pukul 7.30 pagi, semalam.

Mayat dibawa ke Hospital Beaufort untuk bedah siasat dan proses pengecaman dibuat keluarga mangsa.

— BERNAMA

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.
Back to top button