Nasional

Lelaki Perancis bergelang pink di kuarantin di klinik kesihatan Langkawi

WARGA Perancis yang dilihat memakai gelang pink di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi telah dihantar ke pusat kuarantin.

Lelaki itu sebelum ini dilaporkan dibenar untuk melakukan kuarantin sendiri di rumahnya di Chenang, Langkawi.

Ketua Polis Daerah Langkawai, Mohd Iqbal Ibrahim dalam kenyataan memberitahu, lelaki itu telah dibawa ke Klinik Kesihatan Air Hangat untuk kuarantin.

Mohd Iqbal berkata, dia tidak dibenarkan melakukan kuarantin sendiri di kediaman yang disewanya  di Chenang, jelas Iqbal.

Sebelum ini tular apabila  polis bantuan menyedari kehadiran warganegara Perancis itu di lapangan terbang antarabangsa Langkawi yang memakai gelang merah jambu.

Bagaimanapun pada mulanya, Mohd. Iqbal berkata lelaki itu dibenar kuarantin kendiri, namun memindanya dengan kenyataan terbaru ini.

Menurut beliau, perubahan itu atas arahan Kementerian Kesihatan.

“Siasatan mendapati subjek telah menaiki pesawat Qatar Airways dari Paris pada 19 Ogos 2020 ke Doha dan seterusnya terus ke KLIA menaiki pesawat yang sama. Subjek telah tiba ke KLIA pada 20 Ogos 2020.

“Di KLIA subjek telah disaring oleh pihak KKM KLIA dan keputusan saringan tersebut adalah negatif Covid-19,” kata Mohd Iqbal.

Hasil daripada siasatan polis juga didapati lelaki itu turut mendapat arahan daripada Kementerian Kesihatan untuk menghadirkan diri di Pusat Persediaan dan Kecemasan Krisis Nasional (CPRC) Kedah pada 1 September.

Mohd. Iqbal berkata, lelaki Perancis itu perlu menjalani ujian sapuan Covid-19 kedua pada 2 September, kata Iqbal.

Katanya, pihak polis dan Kementerian Kesihatan akan membuat pemantauan ke atas subjek dari semasa ke semasa untuk memastikan dia mematuhi perintah kuarantin yang telah ditetapkan.

“Nasihat saya agar, mohon netizen jangan panik dan sentiasa mengamalkan SOP KKM sepanjang berada di Pulau Langkawi,” kata Iqbal pada kenyataan terdahulu sebelum mengubahnya.

Kerajaan telah mewajibkan setiap orang yang pulang dari luar negara bermula dari 24 Julai untuk menjalani kuatantin selama 14 hari di pusat-pusat yang ditentukan.

Ia dilaksanakan setelah sejumlah kes individu tidak mematuhi arahan kuarantin di rumah sebelum ini dan ada yang dilihat di tempat awam semasa tempoh kuarantin mereka. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button