Luar Negara

Lelaki makan daging manusia di Rusia

SEORANG lelaki dari Rusia didedahkan sebagai kanibal selepas mayat tanpa kepala terjatuh dari but keretanya semasa kemalangan.

Apabila Yegor Komarov, 22, merempuh Mitsubishi miliknya ke penghadang keselamatan jalan raya di Sortavala, sebuah bandar di utara Rusia, orang ramai terkejut melihat mayat yang dipenggal jatuh dari but kereta berkenaan.

Yegor Komarov

Selepas kemalangan itu, Komarov dan dua yang lain melarikan diri ke dalam hutan, meninggalkan mayat tanpa kepala terbaring di atas jalan.

Polis percaya mayat yang dipenggal itu adalah milik ahli perniagaan berusia 50 tahun dari St, Petersburg dan polis turut menemui penyodok, tali dan guni di dalam but kereta itu.

Penyiasat percaya ahli perniagaan itu dibunuh semasa bertengkar dengan suspek yang merancang menanam mayatnya di dalam hutan.

Apabila mereka akhirnya ditangkap, Komarov mengakui dirinya sebagai kanibal dan berkata bahawa dia suka membunuh orang.

Menurut laporan Daily Mail, Komarov juga mengaku membunuh seorang lagi lelaki berusia 38 tahun dengan menikam hingga mati di sebuah taman di St Petersburg tahun lalu hanya kerana dia mahu merasai daging manusia.

Lelaki itu turut menceritakan cara dia membunuh mangsanya di taman itu dengan menetak lehernya dan merasai darah dan dagingnya.

“Apabila dia meninggal dunia, saya menetak lehernya dan merasai darah dan dagingnya tetapi daging itu sukar dipotong kerana pisau itu tumpul dan saya tidak suka rasa uratnya,” katanya.

Selepas membuang mayat lelaki berusia 38 tahun itu, lelaki itu menggambarkan bagaimana dia menghiris lidah dalam paip saliran berhampiran, membawanya pulang dan memasaknya dengan mentega.

Bagaimanapun, dia juga tidak menyukainya dan mengatakan bahawa dia mungkin akan menyukai bahagian badan yang lain.

Kanibal berusia 22 tahun itu turut memberi amaran kepada penyiasat untuk mengetatkan garinya bagi memastikan dia tidak ‘menggigit mereka’.

Menurut media Rusia, Komarov dilahirkan di St Petersburg dan tinggal bersama ibu bapa dan neneknya di sebuah apartmen komunal.

Dalam profil media sosialnya di laman Rusia Vkontake, dia berminat dengan ‘anarko-primitisvisme’ dan ‘elixir keabadian’, dan muzik psychedelic.

Pihak berkuasa yang menyiasat kes itu masih belum mengulas mengenai laporan kanibalisme tersebut. – SM.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button