JenayahNasional

Lelaki mabuk pandu lawan arus mengundang padah

SIKAP tidak bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan paling buruk, membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain ada pada diri seorang pemuda yang berusia 22 tahun ini.

Dia ditahan polis kerana memandu dalam keadaan mabuk dengan melawan atau menongkah arus di Lebuhraya Persekutuan, pagi semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, kejadian berlaku pada pukul 5.50 pagi selepas disedari oleh sepasukan anggota pasukan peronda polis (MPV) yang melakukan tugas rondaan cegah jenayah di lebuh raya terbabit.

Kata Mohamad Fakhrudin, mereka mengesan sebuah kereta Perodua Axia dipandu secara melawan arus dan berbahaya sebelum mengarahkan pemandunya memberhentikan kenderaan.

Bagaimanapun, dia enggan memberikan kerjasama dan terus melarikan diri menghala ke susur masuk Lebuhraya Pantai Baru (NPE).

“Anggota pasukan MPV akhirnya berjaya menahan kenderaan itu di Jalan Klang Lama dan pemandunya ditangkap,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, suspek kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk siasatan lanjut.

“Hasil ujian pernafasan menggunakan mesin ‘evidential breath analyzer’ (EBA-II) mendapati suspek berada di bawah pengaruh alkohol melebihi had yang dibenarkan untuk pemanduan.

“Dia ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) dan Seksyen 45(a)1 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Katanya lagi, kejadian itu tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan.

Beliau berkata, bagi melengkapkan siasatan, pihak polis meminta kerjasama orang ramai yang melihat atau mempunyai rakaman kamera papan pemuka dan merakamkan kejadian itu supaya tampil membantu siasatan.

“Saksi atau pemilik rakaman boleh datang terus ke IPD Petaling Jaya atau menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Trafik IPD Petaling Jaya, Sarjan Mohd Sahidun Saiban di talian 011-3340775,” katanya. – SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button