Merrepakpilihan

Lelaki lari dari Pusat Koreksional Jasin direman empat hari

Seorang banduan lelaki yang melarikan diri dari pusat Koreksional Jasin, Jabatan Penjara Malaysia, Lipat Kajang, Jasin, Melaka selama seminggu berjaya diberkas semula malam tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Jasin, Asisten Superintendan, Mohd. Fadzli Othman berkata, banduan itu berjaya ditahan polis di kawasan Alor Gajah kira-kira pukul 9.00 malam.

“Dia ditahan oleh sepasukan polis di kawasan Alor Gajah selepas dilaporkan melarikan diri dari Pusat Koreksional Jasin, 24 Januari lalu,” ujarnya.

Kehilangan suspek yang ditahan berkaitan kes samun disedari pegawai bertugas di penjara berkenaan kira-kira pukul 2.20 petang ketika suspek sedang menjalani Program Reintegrasi Penghuni di pusat tahanan itu.

Sementara itu lelaki berusia 44 tahun direman selama empat hari.

Perintah reman sehingga Khamis ini dikeluarkan Majistret Tan Chai Wei di Mahkamah Jasin, di sini hari ini mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Selasa lalu, tular di laman media sosial seorang banduan lelaki melarikan diri dari pusat tahanan Jabatan Penjara Malaysia di Lipat Kajang, Jasin sehingga mencetuskan kebimbangan penduduk. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button